Bahasa

Pemeriksaan & Penilaian Sistem Elektrik Rumah, Kedai & Bangunan

Pastikan sistem elektrik anda selamat, stabil & ikut standard Suruhanjaya Tenaga (ST).

Kami bantu kesan potensi risiko lebih awal, sebelum ia menjadi punca kerosakan atau kebakaran

Menawarkan servis di Kuantan, kawasan sekitar dan luar kawasan mengikut permintaan

Kenapa Pemeriksaan Penting?

Mengelak Risiko Kebakaran

Banyak kes kebakaran berpunca dari wiring lama & sambungan longgar

Lindungi Peralatan Elektrik

Voltan yang tidak stabil boleh menjadi punca kerosakkan peralatan elektrik

Pastikan Premis Selamat Diduduki

Untuk memeriksa presmis yang bakal diduduki samada yang dibeli atau disewa.

Untuk Anggaran Kos Baik Pulih

Menyediakan laporan kerosakan untuk rujukan pihak terlibat

Pemeriksaan awal lebih murah & lebih selamat daripada menunggu kerosakan berlaku.

Apa Yang Kami Periksa

Pemeriksaan dibuat menggunakan alat pengukur voltan & pembumian untuk pastikan bacaan selamat.

Semua pemeriksaan direkod & kami berikan laporan ringkas keadaan sistem elektrik anda.

Proses Pemeriksaan Kami

1. Temujanji

Tetapkan tarikh & lokasi untuk melakukan pemeriksaan

2. Pemeriksaan Tapak

Juruteknik kami akan membuat pemeriksaan penuh ke atas premis yang telah ditentukan

3. Laporan & Cadangan

Menyenaraikan dan menerangkan punca masalah & memberi saranan baik pulih atau penambahbaikan bagi masalah yang dialami

4. Pembaikan (Jika Perlu)

Jika ada masalah dapat dikesan, kami boleh memberikan anggaran kos pembaikan. Jika pemilik bersetuju, kami akan menentukan tarikh yang sesuai untuk menjalankan kerja pembaikan

Kenapa Pilih Lilin Hijau Resources

Menggunakan alat pengukuran profesional

Harga berpatutan & laporan jelas

Respon cepat & kerja kemas

Fleksibel mengikut jadual pelanggan

Semua pemeriksaan direkod & kami berikan laporan ringkas keadaan sistem elektrik anda.

Ragu-Ragu Dengan Keadaan Pendawaian Rumah Anda?

Jangan tunggu sampai jadi bahaya. Dapatkan pemeriksaan menyeluruh sekarang untuk pastikan KESELAMATAN keluarga & premis anda

ATAU HUBUNGI

013 - 221 9950

Pemeriksaan tersedia untuk rumah, pejabat & bangunan komersial sekitar Kuantan , kawasan
berhampiran dan luar kawasan (jika ada permintaan)

FAQ

Kenapa saya perlu buat pemeriksaan elektrik kalau semuanya masih berfungsi?

Sistem mungkin nampak normal, tapi boleh ada sambungan longgar, penebat kabel haus atau beban tak seimbang yang hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan profesional.

Berapa kerap pemeriksaan elektrik perlu dilakukan?

Disyorkan sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali untuk rumah biasa, atau setiap tahun bagi premis perniagaan & bangunan komersial.

Apa yang akan diperiksa semasa servis pemeriksaan?

Kami periksa keseluruhan sistem termasuk DB board & breaker, sambungan soket & suis, sistem earthing, voltan beban, dan ujian keselamatan visual.

Adakah saya akan dapat laporan selepas pemeriksaan?

Ya. Kami akan berikan laporan ringkas keadaan sistem elektrik, termasuk bacaan ujian & cadangan pembaikan jika perlu.

Berapa kos anggaran untuk pemeriksaan penuh?

Anggaran bermula dari RM250, bergantung kepada saiz rumah dan kompleksiti sistem.

Apa tanda-tanda awal sistem elektrik saya perlu diperiksa?

Antara tanda biasa termasuk:

  • DB kerap trip

  • Lampu berkelip atau cepat rosak

  • Soket terasa panas

  • Bau hangit berhampiran suis

Kalau ada salah satu, segeralah buat pemeriksaan.

Adakah pemeriksaan ini termasuk pembaikan?

Tidak, servis ini hanya untuk semakan & laporan. Tapi jika ditemui kerosakan, pelanggan boleh terus tambah servis pembaikan pada hari yang sama.