Bahasa

Servis Pemasangan Sistem Pembumian

Pastikan sistem elektrik rumah dan kedai anda selamat, stabil, dan ikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST)

Servis sistem pembumian rumah & bangunan di Kuantan, kawasan sekitar
dan luar kawasan mengikut permintaan.

Kenapa Sistem Pembumian Penting

Elak Kejutan Elektrik

Arus bocor dari peralatan akan disalurkan ke tanah, bukan ke tubuh manusia

Lindungi Alatan Elektrik

Voltage tidak stabil boleh merosakkan barangan seperti TV, peti sejuk, dan komputer

Cegah Risiko Kebakaran

Sistem pembumian bantu elak percikan elektrik akibat sambungan longgar

Ikut Standard Keselamatan

Setiap bangunan wajib ada sistem pembumian bagi menjamin keselamatan

Jenis & Kaedah Pemasangan

  • Single Point Rod System

    Sesuai untuk rumah atau pejabat kecil

  • Multiple Point / Grid System

    Digunakan untuk bangunan besar atau kawasan tanah berbatu

  • Servis Penyelenggaraan & Bacaan Semula

    Servis semakan & bacaan semula selepas tempoh tertentu

Pemasangan akan dibuat dengan objektif untuk mendapatkan nilai rintangan 10 Ohm atau lebih rendah

Proses Kerja

1. Temujanji

Tetapkan tarikh & lokasi pemeriksaan

2. Pemeriksaan Tapak

Juruteknik kami buat pemeriksaan dan penilaian keadaan tapak

3. Cadangan

Terangkan kaedahkerja yang akan dilakukan dan kos yang dikenakan

4. Kerja Pemasangan

Memulakan kerja jika dipersetujui oleh pelanggan

Setiap proses dijalankan dengan mengutamakan keselamatan & ketepatan bacaan.

Kenapa Perlu Pilih Lilin Hijau Untuk Servis Pembumian?

Bahan Berkualiti

Menggunakan bahan yang berkualiti

Kemasan Kerja

Hasil kerja kemas & diuji sebelum diserahkan

Laporan Kerja

Laporan bacaan disediakan kepada pelanggan

Pembumian Bajet

Sistem pembumian satu titik
RM 650 / Sistem
  • Menggunakan kabel 10mm²
  • Rod tembaga berkualiti
  • Sasaran rintangan ≤ 25Ω

Pembumian Standard

Sistem pembumian Satu Titik
RM 850 / Sistem
  • Menggunakan kabel 10mm²
  • Rod tembaga berkualiti
  • Sasaran rintangan ≤ 10Ω

Pembumian Premium

Sistem pembumian Grid
RM 1200 / Sistem
  • Menggunakan kabel 10mm²
  • Rod tembaga berkualiti
  • Sasaran rintangan ≤ 5Ω

Nak Pastikan Sistem Pembumian Rumah Anda Masih Berfungsi Baik?

Dapatkan Pemeriksaan & Bacaan Semasa — servis pantas, telus & selamat.

Servis tersedia untuk rumah, pejabat & bangunan komersial sekitar Kuantan, kawasan berhampiran dan luar kawasan (jika ada permintaan)

ATAU HUBUNGI KAMI

013 - 221 9950

FAQ

Apa itu sistem pembumian dan kenapa penting?

Ia laluan selamat untuk arus bocor bagi mengelak kejutan dan merosakkan alatan elektrik dan juga untuk mengelakkan kebakaran

Bila saya perlu buat pemasangan pembumian baru?

Bila rumah sudah lama, tak ada rod bumi atau rod telah rosak akibat hakisan dan mengakibatkan rintangan bumi menjadi tinggi

Berapa kos pemasangan sistem pembumian?

Anggaran bermula dari RM500 (bergantung kepada keadaan tanah, jumlah rod yang diperlukan, lokasi tanah & kerja tanah).

Apakah ada ujian yang dilakukan selepas pemasangan pembumian?

Ada, ujian rintangan bumi akan dilakukan untuk pastikan nilai ohm pada kadar yang rendah dan selamat mengikut piawaian.

Bolehkah saya abaikan sistem bumi untuk rumah kecil?

Sangat TIDAK DISARANKAN walaupun rumah kecil tetap memerlukan sistem pembumian untuk keselamatan. Tujuan utama sistem pembumian dicipta adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan nyawa pengguna. Ia sangat penting, duit boleh cari, nyawa cuma satu sahaja, tak berbaloi untuk letakkan diri dan keluarga tersayang dalam risiko kecederaan semata-mata untuk penjimatan yang tidak seberapa dibandingkan dengan nyawa