Bahasa

Dapatkan Sebut Harga Servis Elektrikal Secara Percuma

Isikan maklumat dibawah dan pasukan kami akan memberikan respon dengan kadar segera untuk menyemak kadar keperluan kerja anda dengan lebih terperinci.

Menawarkan servis elektrikal di premis kediaman dan perniagaan di Kuantan dan juga kawasan sekitar. Servis luar kawasan tergantung atas permintaan

wiring free quote

Isi Maklumat Anda

Borang Sebut Harga untuk kerja-kerja elektrik / Quotation form of electrical works
Nama

Kerja (Wiring/Pendawaian)

Kerja (Pemasangan Alat Elektrik)

Sistem Pembumian

Pemeriksaan Pendawaian

Drag & Drop Files, Choose Files to Upload You can upload up to 10 files.
OPTIONAL : Please upload related document such as image or drawing of the premise or both to help us quote possible cost. Allowed file type, doc, xls, pdf, jpg, png .
=

Panduan Mengisi Maklumat

PENTING

Sebut Harga yang akan diberikan adalah merupakan anggaran harga sahaja, untuk mendapatkan harga yang sebenar, lawatan tapak perlu dilakukan bagi pihak kami mengenal pasti keadaan persekitaran dan struktur yang lebih tepat.

Dalam lawatan tapak juga, kami akan membuat pengesahan semula jumlah point, jenis barangan yang hendak digunakan, kuantiti barang yang sebenar diperlukan dan juga kerja dan barangan lain yang mungkin diperlukan bagi membolehkan objektif anda tercapai tanpa sebarang masalah.

Setelah lawatan tapak dijalankan, kami akan memberikan BQ atau “Bill of Quantity” (Senarai kerja, kuantiti dan harga) yang telah muktamad beserta lukisan Schematic dan pelan Layout (jika perlu) kepada pelanggan untuk pelanggan menilai dan membuat keputusan.

Jika anda telah mempunyai BQ yang sudah siap, anda boleh isikan maklumat peribadi, muat naik dokumen BQ dan terus hantar maklumat anda.

Maklumat Peribadi

Sila isikan maklumat peribadi anda  seperti yang diminta:

  1. Nama (Isikan nama anda seperti biasa)
  2. Phone No. (Isikan no telefon anda bagi mendapatkan update lebih cepat setelah anggaran harga disiapkan)
  3. Email (Sila masukkan juga maklumat email anda untuk untuk kami hantarkan respon sebut harga kepada anda)
  4. Lokasi (Lokasi anda adalah tidak wajib, tetapi untuk pelanggan diluar kawasan operasi kami, anda disarankan untuk memberikan lokasi. Lokasi tidak wajib tepat pada premis anda. Anda boleh gunakan premis lain yang berdekatan sebagai rujukan.

 

Contoh, anda tinggal Blok 22 Apartment PKNS, 22, Jalan Plumbum 7/96, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Anda boleh menggunakan tempat awam yang berdekatan sebagai anggaran rujukan tempat anda seperti, Dewan Melati Seksyen 7

Maklumat Kerja

Di bahagian Task (Wiring), untuk perkara WT2 (point lampu) dan WT3 (point kipas syiling), kerja dan harga yang dilakukan hanya untuk pemasangan pendawaian sahaja tidak termasuk alatan (lampu dan kipas)

Jenis dan jumlah lampu dan kipas hendaklah dinyatakan di bahagian Task (Equipment Installation), di pilihan EIT1 (untuk lampu) dan EIT2 (untuk kipas).

Untuk bahagian File Upload, anda boleh juga memuat naik gambar premis anda yang berkaitan dengan kerja yang hendak dilakukan dan juga jika anda mempunyai lukisan pelan tapak, boleh juga disertakan sekali untuk kami gunakan sebagai rujukan menentukan anggaran harga bagi sebut harga yang dikehendaki oleh pelanggan.

Akhir sekali di bahagian maklumat tambahan (Additional Information), anda boleh nyatakan apa sahaja yang anda perlukan atau sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga.