Language

Langkah Keselamatan Elektrik Ketika Banjir

Berikut adalah tindakan dan kaedah keselamatan elektrik yang perlu dilakukan ketika meghadapi bencana banjir bagi penghuni di kawasan yang terjejas mengikut panduan ST (Suruhanjaya Tenaga). Sila ikuti langkah-langkah keselamatan yang dinyatakan agar dapat kita sama-sama menghadapi situasi ini dengan selamat.

Sebelum Banjir Atau Ketika Air Mula Naik

Tutup Suis dan Cabut Plug Daripada Soket Kuasa

Matikan soket kuasa di dalam@luar rumah dan cabut plug (jika ada). Keutamaan adalah kepada suis yang berada pada kedudukan rendah atau hampir dengan lantai. Soket kuasa rendah berisiko terjejas lebih awal dalam situasi banjir. Seterusnya anda boleh matikan soket kuasa yang selebihnya.

Matikan Suis Utama DB

Dalam keadaan di mana air telah semakin naik ke paras yang lebih tinggi dan boleh dianggap berbahaya, anda perlulah matikan suis utama di kotak agihan kuasa (DB). Ini bagi mengelakkan air elektrik yang masih ada pada soket kuasa yang kebiasaannya lebih rendah kedudukannya daripada kotak agihan utama.

Semasa Banjir

Jauhi Air dan Wayar Elektrik

Elakkan mendekati air yang berada dekat dengan peralatan elektrik. Terdapat sesetengah alatan elektrik yang mana walaupun bekalan tenaga elektrik telah dimatikan, alatan masih menyimpan cas elektrik simpanan.

Jauhi kawasan yang ada kabel elektrik dan terutama sekali kawasan tiang elektrik. Kawasan yang ada banyak sambungan kabel berisiko untuk memberikan kejutan elektrik yang lebih tinggi kepada badan manusia.

Hubungi pihak pembekal tenaga elektrik anda jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan bagi langkah keselamatan awal

Seterusnya, elakkan menyentuh alatan logam atau kayu ketika dalam keadaan banjir kerana logam dan kayu boleh mengalirkan eletrik kepada badan manusia dengan lebih cepat dan berkesan.

Selepas Banjir

Selepas banjir surut, kebanyakan pemilik rumah ingin segera kembali ke rutin harian. Namun begitu, bahagian elektrik dan pendawaian rumah adalah antara komponen paling berisiko selepas banjir. Air banjir boleh merosakkan sistem wiring walaupun kerosakan tidak kelihatan secara luaran.

Berikut ialah langkah penting yang wajib diambil selepas banjir bagi memastikan rumah selamat untuk diduduki semula.

Jangan Hidupkan Bekalan Elektrik Tanpa Pemeriksaan

Walaupun air sudah kering, jangan terus ON suis utama atau MCB.
Air banjir biasanya mengandungi lumpur, kotoran dan bahan mineral yang boleh:

  • Menyebabkan short circuit
  • Merosakkan penebat kabel
  • Mengakibatkan kebocoran arus (electric leakage)

 

Risiko paling besar ialah renjatan elektrik dan kebakaran yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Langkah selamat:

Pastikan bekalan elektrik masih ditutup sehingga pemeriksaan dibuat oleh orang berkelayakan.

Panggil Juruteknik Periksa Pendawaian Rumah

Selepas banjir, pemeriksaan oleh juruteknik elektrik adalah sangat disarankan, terutamanya jika:

  • Air banjir masuk ke dalam rumah
  • Soket atau suis terendam air
  • DB / kotak agihan elektrik terkena air
  • Pernah berlaku trip atau blackout semasa banjir

Juruteknik akan memeriksa perkara seperti:

  • Keadaan kabel dan sambungan
  • Soket, suis dan DB
  • Sistem perlindungan seperti RCD/ELCB
  • Tahap kebocoran arus dan keselamatan keseluruhan sistem

Pemeriksaan awal ini boleh mengelakkan kerosakan lebih besar dan kos pembaikan yang tinggi di kemudian hari.

Pastikan Sistem Perlindungan Elektrik Berfungsi

Selepas banjir, sistem perlindungan seperti RCD / ELCB perlu diuji semula.
Fungsinya adalah untuk:

  • Mengesan kebocoran arus
  • Memutuskan bekalan secara automatik
  • Melindungi penghuni daripada renjatan elektrik

 

Jika sistem ini rosak atau gagal berfungsi, risiko kemalangan elektrik meningkat dengan ketara.

Kesimpulan: Keselamatan Sangat Penting

Selepas banjir, sistem perlindungan seperti RCD / ELCB perlu diuji semula.
Fungsinya adalah untuk:

  • Mengesan kebocoran arus
  • Memutuskan bekalan secara automatik
  • Melindungi penghuni daripada renjatan elektrik

 

Jika sistem ini rosak atau gagal berfungsi, risiko kemalangan elektrik meningkat dengan ketara.