Tentang Lilin Hijau Resources
Kami bukan sekadar pasang wayar — kami bantu pelanggan rasa selamat, yakin dan puas hati setiap kali lampu menyala
Tentang Kami
Lilin Hijau Resources bermula daripada pengalaman
sendiri dalam kerja-kerja pendawaian rumah dan
bangunan kecil.
Walaupun kami bukan syarikat besar, setiap projek
kami buat dengan tumpuan penuh pada keselamatan,
kualiti, dan kepuasan pelanggan.
Kami percaya setiap wayar yang disambung mesti dibuat
dengan teliti sebab satu sambungan yang salah boleh jadi
risiko besar.
Sejak itu, kami terus belajar, tambah ilmu, dan tingkatkan
kemahiran dari kerja pemasangan biasa sampai penyelesaian masalah
yang lebih teknikal.
Apa Yang Kami Lakukan
Kami menyediakan pelbagai servis elektrik untuk rumah
& premis perniagaan termasuk :
- Pemasangan dan naik taraf pendawaian
- Servis penyelesaian dan pembaikan masalah elektrik
- Pemeriksaan dan penilaian keselamatan sistem elektrik
- Pemasangan sistem pembumian
- Kerja-kerja sokongan seperti naik taraf DB & pemeriksaan berkala
Cara Kami Bekerja
Kami percaya kerja elektrik bukan tentang cepat siap dan cantik.
tapi buat dengan betul dari mula.
Setiap kerja kami akan pastikan :
- Guna bahan berkualiti & ikut piawaian ST
- Tapak kerja kekal kemas selepas siap
- Pelanggan faham apa yang dibuat dan kenapa
- Kami sendiri puas hati sebelum serah hasil kerja
FAQ
Walaupun tiada sijil tinggi, kerja kami dilakukan dan diselia oleh tenaga kerja yang berpengalaman dengan mematuhi piawaian keselamatan terkini.
Kami fokus pada kerja yang kemas dan selamat untuk kepuasan pelanggan dan juga kami sendiri
Kami beroperasi di Kuantan, Pahang dan kawasan sekitarnya. Kami juga boleh beroperasi luar daripada kawasan jika terdapat permintaan daripada pelanggan